Tinta Si Isteri Mekanik

05 June 2018

Tragedi NUZUL QURAN yang menyakitkan!

Tragedi NUZUL QURAN yang menyakitkan!


Alhamdulillah, setakat 16 hari berpuasa, takde kejadian yang luar biasa berlaku. Kecuali masa Malam 1 Ramadhan tu la. Ingatkan takde pape la, so far so good katanya. Tapi, bila sampai hari Nuzul Quran tu, ada terjadi tragedi Nuzul Quran yang menyakitkan.

Petang tu, kami plan nak berbuka puasa dengan Nasi Goreng. So adik saya volunteer nak masakkan untuk kami. Adik siap masak semua dah pukul 6.30pm. Just nice la sebab konon lepas tu saya nak goreng keropok lekor.

Keropok lekor ni kami order dengan kawan yang ada kilang. Memang sedapla untuk keropok lekor kat KL ni.

Sebab nak cepat, saya tak potong-potong, cuma plan nak terus goreng je. Lagipun memang saiz mini, bukanlah yang besar-besar tu.

Kalau goreng keropok lekor, saya memang akan tutup periuk tu masa menggoreng. Sebab kadang-kadang, keropok tu meletop-letop. Pernah keropok tu meletop sampai terkeluar dari kuali. Habis bersepah kat lantai dengan tepi-tepi kuali tu. Dari 10 keping, tinggal 2 je dalam kuali. Kelakar betul. 

Kali ni pun sama. Saya tutup periuk tu sampailah dah masak. Cuma tinggal nak angkat je. Saya guna penyepit sebab periuk tu kecik. Kalau guna sudip, besar sangat, jadi susah nak terbalikkan keropok dengan nak angkat. Macam gambar bawah ni.


Tragedi NUZUL QURAN yang menyakitkan!


Saya bukak tudung periuk tu. Okay...takde meletop. Letaklah tepi tudung periuk tu. Ambik penyepit dengan tangan kanan, dan tangan kiri pegang penapis untuk angkat keropok tu.

Saya pun ready nak angkat keropok lekor tu. 

Tetiba, keropok lekor meletop dan minyak panas tu terpercik kat tangan saya. Saya sempat melompat ke tepi sebab lepas tu dia meletop lagi. Terus kecikkan api, dan masuk ambik tisu dan lap. Silap betul masa ni sebab patutnya lalukan bawah air mengalir tu sampai rasa pijar tu stop. Tapi saya blur, jadi saya cuma lap minyak tu sikit dan sapu terus Minyak Gamat.

Start dah nampak merah-merah kat jari-jari saya. Tapi saya buat tak kisah je walaupun sakit sebab dah masuk waktu Maghrib. Berbuka puasa pun, saya makan guna sudu. Dengan tangan kiri. Tangan kanan totally tak leh genggam. Asyik halakan ke kipas je nak kasi sejuk. Then letak lagi Minyak Gamat.

Pastu masa sahur, 2 jari dah hitam sikit and dah ada GELEMBONG pulak. Masa ni sakit pijar tu memang terasa la. Nampak tu, gambar bawah tu, gelembong dia kecik je. Jari manis tu dah tak cantik dah huhu.



Siangnya, gelembong tu makin besar. Memang terasa sakit, so saya text my friend, a pharmacist, tanya apa nak buat. Saya tak pergi klinik pun, sebab dok round tengahari tu, semua klinik yang saya biasa pergi tu tutup. Hari Ahad kan, jarang klinik bukak.

Last-last, saya pergi carik Farmasi, sebab kawan saya suruh pi carik MEBO Cream. Mebo Cream ni memang untuk Burn Ointment. Singgah Guardian ingatkan ada Pharmacist, rupanya dah lama takde kak, cakap adik Guardian tu.

Okay... so saya pi shopping dulu sebab Guardian ada Sale 50% on all cosmetics!

Hahaha sempat je kan kita ni. Sesakit pun tahan je.

Nasib baik sederet Guardian tu ada lagi satu farmasi. Yang biasa pergi tu Ahad dia tutup, so alhamdulillah this one is bebetul farmasi. Tanya je Mebo Cream, terus dia tunjuk. Dia tanya untuk apa, so saya tunjuk jari saya yang ini.


Tragedi NUZUL QURAN yang menyakitkan!

Makin besar okay gelembong tu. Ngeri tengok. Adik-adik tu pun ngeri tengok. Besarnya Kak. First time saya tengok. Ahkak pun sama dik. Hahaha.

Balik terus sapu Ointment tu. Lega sikit rasa pijar tu. And cream ni macam keraskan kulit kat gelembong tu, so tak senang pecah. Cuma masa nak solat je la susah sikit, sebab kena sabunkan dulu semua jari. Saya buat kecuali kat gelembong je sebab takut pecah. So saya tayamumkan je jari tengah tu.

Then Ahad malam tu, kami ada Majlis Berbuka Puasa. Pergi jugaklah dengan tangan macam tu. Jari tengah tu memang kesian. Bengkak satu cerita. Gelembong satu cerita lain. Pastu perit-perit tu masih ada walaupun tak seteruk semalamnya.

Kami berbuka puasa kat Hadramawt Jalan Ampang, yang sebelah RISDA tu. Sesedap makanan dia, sesuailah untuk kami yang tengah nak healthy ni.

Sebab saya injured ni, saya ambik 1 pinggan dan isi sepenuhnya. Hahaha malas nak bangun bangun. Tapi tak ambil nasi sebab husband ada ambil, nanti rasa dia punya je.

Bila part ayam je dengan kambing, mintak tolong husband kopekkan. Takut terpelanting je kalau saya guna tangan kiri tu. Terror jugak saya makan dengan tangan kiri. Takdelah suap ke hidung, hahaha.

Pagi Isnin, makin besar gelembong tu, so decide pergi klinik. Sebab kena pergi bengkel, maka husband kata pergi je klinik yang dekat rumah, yang saya selalu pergi. Senang pergi 1-2 klinik je, semua rekod kita ada dengan mereka. Request Dr Ashikin sebab saya suka dia.

Doktor kata ini first degree burn. Sebab belum pecah lagi. Apa dia akan buat ialah cucuk gelembong tu dan keluarkan air TANPA koyakkan kulit tu. Sebab kalau kulit tu tersiat, lebih pedih dan sakit serta mudah sangat kena INFECTION.

So terus masuk Bilik 3 dan terus buat procedure ni. Ngeri okay. Saya siap tutup mata masa doktor cucuk cucuk gelembong tu. Mula-mula cuci dulu, lepas tu baru cucuk-cucuk. Lepas cucuk, ada air yang keluar sendiri. Ada yang kena picit baru keluar. Arghhh sakitnya masa ni, especially yang area jari bertemu tapak tangan tu. KAt situ sakit sebab besar.

Lepas tu doktor buat dressing. Tu pun tak ketat-ketat sebab takut melekat pulak kat luka tu.

Nanti nak solat, boleh tukar dressing tu sendiri.

Jadilah jari tu macam ni.


Tragedi NUZUL QURAN yang menyakitkan!

Banyak juga perkara yang saya baru tahu dek kerana luka melecur ni.


1. Saya boleh makan guna tangan kiri (sudu) tanpa tersuap ke hidung. Hahaha pasal makan Ahkak teror.

2. Susah jugak nak mandi dan sabun badan bila tangan kanan injured.

3. Nak lap badan, memang susah dengan satu tangan je. Jari-jari kanan tu takleh bengkok sebab melecur.

4. Nak pakai baju, kena masukkan tangan kanan terus sampai keluar. Takleh sekerat, nanti sangkut.

5. Susah juga nak pakai seatbelt. Kena Husband tolong.

6. Takleh menulis kalau jari tengah macamni. Sebab tak boleh genggam pen tu. Dah time cenggini Saya teringin nak menulis pulak. Haish..

7. Paling best, sayang jugak Husband pada saya. Tolong kopekkan ayam lauk pauk. Tolong sendukkan. Tolong masak. Siap nak tolong suapkan nasi. Hahaha.
Kalau tak sakit sebegini, rasa macam kurang appreciate tangan kanan. Allahu, banyaknya dosa hamba-Mu ini.

Astagfirullah.

Alhamdulillah, sikit je kena. Husband cakap alhamdulillah tak kena muka. Betul jugak kan?

Take care!

29 May 2018

Malam 1 Ramadhan yang MENDEBARKAN!

Malam 1 Ramadhan yang MENDEBARKAN!

Tahun ni, Ramadhan bermula dengan penuh BANG! Malam 1 Ramadhan memang mendebarkan untuk kami.

Malam tu kan start solat Tarawikh. Jadi lepas Solat Tarawikh, saya terus masak untuk sahur. Bila dah siap, saya tengok tv dengan adik.

Tiba-tiba kami terdengar bunyi kuat kat depan. Saya ke depan, tengok kat luar. Tapi macam takde pape. Cuma terperasan lampu proch jiran sebelah tu tak ON. Macam pelik gak sebab mereka memang akan pasang lampu porch. So saya sambung tengok tv.

Tapi lepas tu terbau hangit. Macam ada bau benda terbakar. Specifically, getah terbakar. Masa tu dah dekat pukul 10 malam dah. Pergi lagi depan tengok. Tapi dari dalam rumah, tak nampak apa la.

Tapi lama-lama bau hangit tu makin kuat. Ish saya tak sedap hati dah. Husband belum balik lagi dari Masjid. Saya ni penakut, jadi ajak adik keluar dan tengok kat luar.

Dari porch kami, tak nampak apa-apa pelik. Tapi bila menghampiri pintu pagar, baru terperasan ada asap. Dan bau terbakar tu memang kuat kat luar. Saya terus keluar pagar. Ternampaklah Electrical Box jiran sebelah ni terbakar. Saya pun panik juga. Elektrik kan. Kalau api biasa tu, bolehlah jugak simbah air.

Terus saya call 911. Nasib baik dah ada pengalaman masa call ambulans untuk Ayah dulu. Terus report kebakaran. Kelakarnya, saya cakap kat CS 911 tu, "Dik. Cepat sikit dik. Akak panik ni." CS 911 ni memang bagus. Dia jawab "Puan bertenang puan. Bertenang. Saya sambungkan ke Bomba. Bertenang puan." Cool giler adik ni. Terus bertenang Ahkak ni.

Bila talian disambung ke BOMBA, dia tanya details la. Alamat. Nama. Nombor Telefon. Apa yang terbakar. Bomba kata dia dah deploy anggota pasukan ke site. Pergh. Cekap jugak mereka.

At the same time, saya dok panggil-panggil jiran ni. Dalam 5 minit, baru dengar macam ada orang. Rupanya dorang dah tidur. Dan tak sedar yang ada berlaki kebakaran. Terbangun pun sebab panas. Aircond semua off, yelah mana ada electricity.

Cakap kat Uncle tu yang DB Box dia terbakar. Terus dia call Anak dan Menantu dia cakap ada kebakaran. Dorang still stay dalam rumah sebab yang terbakar tu kat luar kan. Uncle cuma keluar untuk alihkan motor dan tunggu Bomba sampai.

Tak sampai 10 minit, Bomba dah sampai. Siap sekali dengan ambulans Bomba. Bagus juga, jadi taklah ambulans hospital terganggu. Ini adalah standard procedure mereka, bawa ambulans sekali dengan kereta bomba.


Malam 1 Ramadhan yang MENDEBARKAN!

Tapi, Bomba tu cuma OFF kan aliran elektrik dan padamkan kebakaran tu aje. Sebab DB Box dia yang meletop! Yang kami dengar bunyi meletop tu, DB Box tulah. Yang lain, kena tunggu TNB. And asap masih banyak sebab getah yang terbakar.

Bila saya Google, small fire macam ni, sebenarnya boleh sebab kebakaran besar.
Kalau kita dengar, kebakaran akibat litar pintas, maybe macam ni la kot. Biasa DB kan kat dalam rumah? So kalau terbakar, memang akan start kecik. Tapi kalau nyalaan api tu menyambar langsir, sofa, rak buku etc, tu yang jadi besar. Ya Allah, jauhkan lah kami dari bencana ini.

Alhamdulillah juga, Ahkak ni sibuk nak check kat luar. Biasanya tak kisah sangat. Tapi Allah gerakkan hati untuk keluar dan check. Dan dok panggil-panggil kejutkan mereka. Sebab saya pun takut nak gegar pagar dia. Kotak DB tu kat sebelah pagar tu. Tu yang panik tu. Mak kat atas. Husband kat Masjid. Ishh takleh bayang apa jadi kalau ......

Esoknya, berselisih dengan Uncle, dia kata mereka semua dah tidur. Uncle ni lagilah, dah makan ubat tahan sakit, lagilah nyenyak. Terima kasih sebab tolong. Yalah Uncle, kita jiran maaa. Mesti tolong la. Nanti saya tak tolong you, rumah saya pun terbakar. Hahahha.

Membawang atau busy body ni ada ketikanya perlu. Perlu macam situasi macam ni lah. Yang pasal lain yang tak melibatkan keselamatan, tak perlulah ya.

Selamat Berpuasa.



26 May 2018

RAHIM AUTO : Bengkel Kereta untuk Wanita bercerita tentang Spark Plug

RAHIM AUTO : Bengkel Kereta untuk Wanita bercerita tentang Spark Plug

RAHIM AUTO : Bengkel Kereta untuk Wanita bercerita tentang Spark Plug



Dikk. Sape pernah masa drive naik bukit, tetiba rasa kereta macam berat, takde power lepas tu SEMPUT? Ni RAHIM AUTO : Bengkel Kereta untuk Wanita nak bercerita tentang Spark Plug.
.
.
Selalu dik Customer datang cakap kereta dia semput, jerking omputih cakap. Kereta saya tak powerla naik bukit.
.
.
Rupanya bila check, SPARK PLUG dah makan. Tak puaseee. Hahaha. Banyak karbon dah melekat kat spark plug tu.
.
.
Abam Mekanik ada je terang kat Ahkak, tapi Ahkak tak paham dikk. Ahkak angguk-angguk cakap Oooooo kengkonon paham kihkihkih.
.
.
Abam cakap, spark plug ni berfungsi bila enjin berfungsi. Plug ni bagi api (spark) kat piston enjin untuk pembakaran. Barulah ada power!
.
.
Bila plug tu dah kotor (hitam-hitam ewww), bermakna karbon dah banyak. Jadi plug tu tak sembur api dengan perfect. Macam dah tersumbat la.
.
.
Tu pasal laaaa kereta kita semput. Baru Ahkak tahuuuuu. Terima kasih Abam Sado di Rahim Auto.

25 May 2018

Ramadhan Pertama Tanpa Ayah *nanges*

Ramadhan Kareem!

Alhamdulillah dah 9 hari kita berpuasa. Tapi kali ni, first time tanpa Ayah. Sedihnya. Sedih bukan kerana apa. Sedih tak dapat salam peluk cium Ayah. Sedih tak dapat berborak dengan Ayah. Sedih takde lagi call Ayah, lepas tu tanya Ayah makan apa, nak makan apa, nak pesan apa. Arghhh. Yang paling sedih, tak boleh dah call atau cakap kat Ayah, "Ayah, tolong doakan kita bla bla bla". Ini yang paling saya rinduuuuuuu sangat.

Hari ni dah 219 hari Ayah meninggal. So dah boleh adjust dah la. Time Ramadhan, biasanya rutin Ayah macam biasa. Selagi larat, Ayah pergi solat di Masjid. Maghrib pun, berbuka dengan kurma 3 biji, minum air segelas, terus ke Masjid solat dulu. Lepastu balik baru makan yang simple. Murtabak was his favourite. Kuih-kuih yang lembut macam kaswi or puding jagung ke. Roti John tapi susah jugak carik Roti John yang sedap sekarang ni. Masuk waktu Isya', ramai-ramai pergi Solat Isya' dan Tarawikh.

Dulu masa bujang, ada la jugak pergi Solat Subuh dengan Ayah. Lepas habis Solat Subuh, akan ada tazkirah. Time puasa kan, mengantuknya masa dengar tazkirah tu. Kadang sampai tersengguk-sengguk mendengar. Selalunya memang terlelap jugaklah. Pastu masa balik jalan kaki, borak-borak dengan Ayah,and sometimes confessed yang saya tidur masa tazkirah hahahaha.

But it was all a memory now. Saya tak rasa ralat sangat la. I did my best. Dapat jaga Ayah 19 hari kat Wad CCU, PPUM pun rasa sangat bersyukur sangat. Even bila terima berita yang sedih pun, saya rasa kami semua dah buat yang terbaik untuk Ayah. Nanti saya buatkan entry tentang last days Ayah.

Now, saya banyak hangout kat rumah Mak. So bersahur dengan berbuka memang kat sinilah.

Ada hari saya beli je, ada hari saya masak.

First Ramadhan, Nasi Ambeng Bazaar Raamdhan TTDI Jaya Shah Alam.

Second day, Nasi Ambeng Bazaar Ramadhan Kelana Jaya.

Sabtu, makan apa ek? Kuey Teow Goreng rasanya.

Ahad, Nasi Goreng Kampung. Udang Tepung dengan Keropok Goreng.

Isnin, saya ada #BoosterRayaChallenge kat Shah Alam. So Husband belikan Roti John, Kebab Ayam dan Murtabak. Sepatutnya saya berbuka dengan Husband, tapi sebab jammed sangat, saya berbuka di PJ dulu dan lepas solat, baru gerak ke Shah Alam. Pukul 8.15pm baru sampai dan makan Roti John sikit dengan separuh Murtabak. Pancit giler masa workout tu sampai saya muntah! Masa datang tu, memang demam tapi saya cakap kena workout juga and it was a good decision. Walaupun muntah, tapi badan saya berpeluh dan rasa ringan sikit. Esoknya demam tu kebah dah.

Selasa, Mak kena Gastrik. Muntah-muntah sampai lembik. Alhamdulillah Susie our cleaner ada masa Mak kena tu. Susie lah yang tolong urutkan badan Mak. Jadi bila Mak terasa ok, saya buatkan Air Madu untuk Mak. Lepastu, terus muntah air dan angin. Syukur sangat Mak muntah dan sendawa sebab badan Mak banyak angin betul. So, masakkan Mak Bubur Nasi dengan Carrot dan Broccoli. Dapatlah Mak makan buat lapik perut. Tak dapat bawak Mak ke klinik sebab Mak tak larat nak jalan and saya sorang je kat rumah masa tu. Untuk berbuka, Husband beli Nasi Ambeng Bazaar Raamdhan TTDI Jaya Shah Alam. Dah tak larat nak masak hehehe.

Rabu, again ke Shah Alam for #BoosterRayaChallenge. Kali ni, pukul 4.15pm saya dah gerak. Takut jammed. Itupun jam 5.00pm baru sampai sebab sesak kat Federal Highway dan NKVE. But better la dari hari Isnin tu, pukul 6.30pm, tak boleh keluar langsung dari PJ. Kali ni beli Kebab dengan Murtabak je.

Khamis, beli jugak. Sebab saya tidur Shah Alam Rabu tu. Sampai bengkel Rahim Auto, saya buat kerja dulu. Konon nak balik PJ la lepas tu. Sekali kakak call cakap mesti ambil lauk-lauk yang saya order. Mak kawan kakak buat lauk frozen jadi saya orderla. Agak murah la so kena ambik hari tu jugak. Alhamdulillah husband agree nak hantar ke LRT Glenmarie sebab sepatutnya saya bawak balik kereta, Husband bawak kereta Ayah. Tapi cancel sebab nak gi KL naik LRT. So, bila balik dah penat. Adik pulak ajak ke Bazaar Ramadhan Kelana Jaya. Kami beli Nasi Kerabu (saya share dengan Husband), Akok, Chicken Skewers. Alhamdulillah sedap semua.

Hari ni plan nak masak Nasi Goreng Cili Padi. Untuk Mak, nak panaskan Bubur Lambuk. Tengok nanti samada nak pergi Bazaar Ramdhan atau tak.

Sahur so far memang saya masak. Kalini saya masak lepas Tarawikh. Masak simple je macam Ayam sambal. Kentang Berlada. Ikan Masak Kicap. Yang penting masa sahur adalah TELUR DADAR! Inilah pembuka selera pelengkap sahur kami. Hehehe.

Simple je tahun ni. Yang penting, tak berlebih-lebihan, tu je.

Selamat Berpuasa dan Insyaallah kita semua membuat banyak-banyak kebaikan dan kebajikan di bulan mulia ini.


04 May 2018

Buffet Ramadhan 2018 Kelab Golf Seri Selangor

Buffet Ramadhan 2018 Kelab Golf Seri Selangor

Pernah makan Gulai Kawah Tulang Kambing? Saya tak pernah terfikir yang tulang kambing tu sedap dibuat Gulai Kawah. Pada saya, inilah keistimewaan Buffet Ramadhan 2018 Kelab Golf Seri Selangor yang akan berlangsung dari 18 Mei 2018 sehingga 13 Jun 2018.

Dengan tema Citarasa Nostalgia 27 Malam, Kelab Golf Seri Selangor menghidangkan lebih daripada 70 juadah berbuka puasa!

Antara menu utama mereka adalah Kambing Golek dan Sate yang merupakan makanan tradisi KGSS setiap bulan Ramadhan. Tak dipinggirkan hidangan ala kampung yang sentiasa digemari ramai seperti Daging Masak Lada Hitam, Ketam Berlada, Patin Tempoyak dan Ikan Talang Gulai Nenas.

Gambar-bawah ni antara menu UTAMA yang KGSS akan hidangkan sepanjang bulan Ramdhan ini.


Buffet Ramadhan 2018 Kelab Golf Seri Selangor
Nasi Minyak


Buffet Ramadhan 2018 Kelab Golf Seri Selangor
Ayam Kung Pao 


Buffet Ramadhan 2018 Kelab Golf Seri Selangor
Patin Tempoyak


Buffet Ramadhan 2018 Kelab Golf Seri Selangor
Daging Salai Masak Lemak


Buffet Ramadhan 2018 Kelab Golf Seri Selangor
Sambal Udang PETAI


Buffet Ramadhan 2018 Kelab Golf Seri Selangor
Kambing Golek The Star!


Buffet Ramadhan 2018 Kelab Golf Seri Selangor
Rendang Tok


Buffet Ramadhan 2018 Kelab Golf Seri Selangor
Lontong (Nasi Impit, Lodeh dan Serunding)


Buffet Ramadhan 2018 Kelab Golf Seri Selangor
PECAL!

Untuk Desserts pulak, ada macam-mcama jugak. Bawah ni yang saya suka, hehehe.


Buffet Ramadhan 2018 Kelab Golf Seri Selangor
Putu BAMBU sedap giler!


Buffet Ramadhan 2018 Kelab Golf Seri Selangor
Kurma dan Buah Tin. Kurma tu sedap, manis dan lembut.

Buffet Ramadhan 2018 Kelab Golf Seri Selangor
Kuih Nona Manis yang sedap, Seri Muka dan Kasui.


Buffet Ramadhan 2018 Kelab Golf Seri Selangor
Sagu Gula Melaka . Sedap!
Buffet Ramadhan 2018 Kelab Golf Seri Selangor
Ais Batu Campur

Ini pulak apa yang saya sempat makan dan SAYA SUKA SANGAT!

Buffet Ramadhan 2018 Kelab Golf Seri Selangor

Gulai Kawah Tulang Kambing ni boleh dimakan dengan Nasi Putih, Nasi Hujan Panas, Nasi Beriyani, Nasi Minyak, Nasi Bukhara atau Nasi Halba. Tapi saya makan dengan Roti Bun. Ada juga Roti Hailam dengan Roti Baguette.

Sedap terangkat la Gulai Kawah ni. Kari dia pekat menjadikan menu ini sedikit pedas dan penuh dengan rempah. Tapi bila dicicah dengan Roti Bun ni, kurang sikit rasa pedas tu sebab Roti Bun ni ada rasa manis. Jadi roti tu potong sikit pedas rempah tu. 2 keping tu saya makan sorang!



Buffet Ramadhan 2018 Kelab Golf Seri Selangor

Ni pulak ialah Meehoon Soto. Simple dish tapi sup dia berasa. Makan pulak dengan Bergedil tu. Kecik-kecik je saiz dia, bite size jadi senang nak makan.



Buffet Ramadhan 2018 Kelab Golf Seri Selangor

Yang ni pulak, menu untuk kanak-kanak. Swedish Meatball, Spaghetti Bolognese dan juga Mashed Potato. Sangat sesuai dengan anak-anak yang tak makan pedas.


Buffet Ramadhan 2018 Kelab Golf Seri Selangor

Ini pulak, hidangan yang mesti ada kat KGSS. Kambing Golek dan juga Sate Ayam dan Daging. Patutlah menjadi hidangan tradisi setiap tahun, memang best!


Ada yang tanya nanti, mana pergi sayur-sayur? Asyik protein je?

Ada ni ha... Lambat sangat gambar nak diupload. Jadi gambarnya dah terkebawah. 

Buffet Ramadhan 2018 Kelab Golf Seri Selangor


Buffet Ramadhan 2018 Kelab Golf Seri Selangor

Buffet Ramadhan 2018 Kelab Golf Seri Selangor

Buffet Ramadhan 2018 Kelab Golf Seri Selangor

Buffet Ramadhan 2018 Kelab Golf Seri Selangor

Buffet Ramadhan 2018 Kelab Golf Seri Selangor

Haaaaaa meleleh air liur tengok gambar-gambar ni. Paling best, semua 70 hidangan ini ditawarkan pada harga RM78 nett untuk dewasa dan RM55 nett untuk kanak-kanak (7 tahun - 10 tahun) dan warga emas. Yang bestnya, anak-anak kita di bawah umur 6 tahun akan dijamu secara PERCUMA!

Satu lagi yang best ialah EARLY BIRD OFFER, yang mana pengunjung boleh dapatkan Buffet Ramadhan 2018 Kelab Golf Seri Selangor dengan hanya RM68 nett untuk seorang dewasa sebelum 17 Mei 2018.

Pengunjung juga berpeluang untuk berbuka puasa bersama keluarga dan kawan-kawan dengan pemandangan padang golf yang penuh kehijauan dan memberikan pengalaman yang berbeza. Yalah, selalu berbuka kat hotel atau di restoren, dalam bangunan kan, mana nak nampak apa kat luar tu kan? Saya memang suka kalau dapat makan kat Kelab Golf. Pemandangan tu luas, dan masa ni lah selalunya idea-idea best akan keluar.




Laman Web : www.sacc.com.my/kgss-ramadan-buffet
Telefon : 03-7806-1111
FB Page : Seri Selangor Golf Club
IG : @seriselangorgolfclub

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign