Tinta Si Isteri Mekanik: 2017

20 September 2017

RESEPI PERIUK NOXXA : Nasi Impit/Ketupat Segera Sambil Raya AidilAdha

Kesian kami Raya AidilAdha kali ini. Nak makan Ketupat dari daun kelapa, tapi bila pergi Pasar Tani, takde orang jual! Yang ada banyak ialah lontong dan ketupat palas. Sedih giler.

Takpelah takde rezeki kan? Jadi tukar plan masak nasi impit. Lauk-pauk iringan masih sama. Rendang ayam. Lodeh. Sambal Kacang. Lepas ke Pasar Tani Kelana Jaya, kami terus ke HERO Supermarket. Cari Ketupat Segera. Biasanya beli Nona atau Adabi. Tapi dah habis, jadi beli jenama lain.

Saya kalau nak masak nasi impit, akan masak malam sebelumnya. Kemudian toskan dan biarkan at room temperature. Insyaallah tahan lama 2-3 hari kalau masuk fridge. Kalau nak panaskan balik, kukus je, jangan rebus balik sebab nanti cepat basi.

Tips kalau guna Noxxa. 1 bungkus nasi impit mini ada dalam 30 - 33 bungkus tu, isi air atas dari nasi tu. Banyak takpe. Tapi lambat sikitlah nak siap.

Disebabkan kali ni guna jenama yang pernah kami guna, jadi bila kita guna stail Ketupat Nona, tak jadi. Mungkin banyak sangat masuk. Atau mungkin air kurang. Atau masa singkat.

First time, timer HP 25. Bila lepaskan steam, nampak masih berbiji. Tambah lagi HP 15. Masih ada lagi. Jadi saya terus toskan dan saya letak dalam tray. Tutup dengan surat khabar. Hempap dengan lesung. Hahaha. Ni pesan mak lah. Bagi air keluar dan padatkan dia.

So ini cara-cara masak Ketupat Segera.

1 bungkus Ketupat Segera.
Air.

Cara-cara:

1. Keluarkan Ketupat Segera dan lalukan dengan air. Ini untuk buangkan habuk-habuk (kalau ada).

2. Masukkan Ketupat Segera dalam periuk Noxxa.

3. Tuangkan air sehingga menutupi Ketupat Segera.

4. Tutup periuk Noxxa. Alihkan tombol ke Pressure. Tekan HP sehingga nombor 25 keluar. Tekan ON.

5. Bila Noxxa berbunyi dan timer tunjukkan 00, buangkan wap panas dengan memusingkan tombol ke Steam. Tunggu sehinnga semua wap panas keluar dan tudung periuk senang dipusingkan.

6. Keluarkan Ketupat Segara.

7. Tos dan sejukkan.


Gambar Lontong takde sebab riuh rumah mak ayah. Kali ni, semua adik beradik beraya dulu kat Petaling Jaya. So, ni gambar raya kami.






Abang. Muhammad. Nurul. Husna. Fatihah. Ijah. Nana. Umar. Rahim.
Kak Linda. Ayden. Mak. Ayah. Me.
Maira. Zyad.

Cucu mak ayah semua tak senyum. Lima-lima!

23 August 2017

Kami kena SERANG!

Dulu-dulu, rasa macam frust sangat sebab susah nak beli keropok lekor yang sedap. Sedap ni, pada saya adalah keropok lekor terengganu, banyak ikan dari tepung. Walaupun rupanya kerepot hitam, saya tetap suka. Hehehehe.

Jadi bila kawan bisnes suami jual keropok lekor borong, setiap bulan mesti beli 1 bungkus. Dalam tu ada 10 bungkus kekecik. Bila roh rajin datang menghampiri, akan keluarlah keropok ni dan digoreng untuk dimakan.

Sabtu lepas, sebab saya tak kerja, jadi keluarkanlah keropok lekor untuk digoreng dan hidang untuk breakfast. Biasanya kami goreng 2 paket sebab ada 3 orang pemakan kat rumah ni.

Masa bungkusan pertama, takde pape kejadian berlaku. Tapi bungkusan kedua ni memang teruk kami kena serang.

Keropok lekor ni takdelah panjang sangat, dalam sejengkal jari je. Jadi husband suka potong tiga keropok ni, jadi kecik-kecik. Nak goreng pun senang je sebab senang nak terbalikkan dan senang nak angkat dari kuali.

Tengah-tengah menggoreng, tetiba kami kena serang!

Keropok lekor tu meletop-letop, sampai terkeluar 8 potongan keropok lekor tu. Dekat tempat masak tu, penuh dengan minyak. Macam ada botol minyak bocor je. Lepas tu, tengok sebelah kiri, COWAY saya pun penuh dengan minyak. Almari pantry saya pun sama, sampai ke atas! Lantai dapur pun penuh minyak.

Saya mula tak perasan almari pantry kena, sampailah adik COWAY Eiza datang servis water filter saya tengahari tu. Lantai dapur baru je kering saya mop kali kedua, tapi ada rasa melekit. Jadi saya bagitau Eiza, lantai melekit sikit. Dia tanya kenapa, saya jawab keropok lekor mengamuk.

Kelakar betul masa keropok tu meletop-letop. Kitorang tak pernah kena, so ingat sekali je dia meletop. Rupanya tak. Adalah 4-5 kali meletop. First time meletop, separuh keropok melompat keluar. Lepas-lepas tu, dalam 1-2 ketul je melompat. Minyak menggoreng tu sampai tinggal suku je dari yang asal. Keropok pun tinggal sikit je.

Yang kesian adalah husband. Sebab dia baru je menghala ke kuali, nak angkat keropok lekor tu. Bila keropok melompat, dengan dia sekali melompat. Tapi still minyak panas tu terkena dia, kat area lengan bawah baju. Lepas tu, dia ingat dah settle, sekali meletop lagi. Dah terkena minyak tu kat area bawah jari tu.

Esoknya, saya pulak menggoreng keropok yang baki semalam tu. Nasib teringat nak tutup kuali tu. Sekali meletop! Tapi takpelah, sebab dah tutup kan. Ingatkan selamat, rupanya tak! Sebab bila nak angkat, saya bukaklah penutup kuali tu, sekali meletop jugak. Minyak pun melompat keluar landing kat tangan saya.

Elok je bertanda tangan saya. 



Tapi tak serik lah makan keropok lekor. Sebab sedap. Nasib kami je dapat keropok meletop, hahaha.

15 August 2017

Tak Sangka French Movie THE INTOUCHABLES ni Best!

Sekarang saya banyak tengok online movies sahaja. Samada di iflix atau lain-lain channel. Jadi masa saya scroll list, terjumpalah movie ini. Bila baca narration tentang movie ni, saya rasa menarik. So teruskan klik. Yang kelakarnya, saya tak perasan yang movie ini dalam bahasa perancis!

Tapi saya tak kisah sebab ada subtitle dan jalan cerita kisah ini sangat best. So, saya teruskan jugak menonton.


sumber:Google

Movie ni tahun 2011. Lama dah keluar. Dan selepas 9 minggu dikeluarkan, filem ni menjadi filem KEDUA tertinggi dalam carta BOX OFFICE di Perancis. Dan filem ni jugak dapat beberapa nomination untuk beberapa award berprestij kat France.

Lepas tu, movie ni is based on true story. Kisah benar. Tentang Philippe Pozzo di Borgo dan penjaga beliau, Abdel Sellou berbangsa Perancis-Algeria.

Ini antara kekuatan utama filem ni.

Movie ni menceritakan kisah persahabatan antara dua darjat. Philippe ni orang Perancis yang sangat kaya, tapi malangnya Philippe ni lumpuh seluruh badan disebabkan accident. Manakala Driss pulak, mamat samseng yang suka melepak.

Disebabkan Philippe ni lumpuh, jadi, Philippe perlukan seorang penjaga untuk jaga dia sepenuh masa. Agak saya, penjaga sebelum ni dah berhenti, sebab Philippe ni dah lumpuh agak lama dah.

Driss ni pulak, seorang bekas banduan. Baru je keluar penjara. Driss kena penjara 6 bulan sebab merompak. Jadi Driss tengah cari kerja la. Tapi Driss ni bukan nak kerja pun. Driss cuma perlu interview 3 kali untuk buktikan yang dia cari kerja tapi majikan yang tak nak ambil dia bekerja, untuk dia dapatkan duit kebajikan.

Dekat Perancis, kalau bekas banduan dan tak dapat kerja selepas 3 kali interview, mereka akan dapat duit kebajikan. Tu sebab Driss tak beria-ria carik kerja, sebab dia tahu dia akan dapat duit kebajikan tu.

Driss ke tempat Philippe sebab tempat Philippe ni tempat kerja ketiga yang dia kena pergi interview. 

sumber:Google

Tengok gambar atas ni. Ni semua calon untuk jadi penjaga Philippe. Nak gi interview kan, at least pakailah kemas sikit. Driss ni, still pakai pakaian harian dia, langsung takde hati nak bersedia untuk interview. Dah dia tak nak kerja kan, buat sambil lewa je la.

Driss kena tunggu lama jugaklah, sampai dia naik bosan dan potong queue. Terus rempuh masuk je, bila nama orang lain kena panggil.



Kelakarnya, bila Magalie, PA Philippe, tanya "Siapa rujukan awak?" or "Do you have any reference?", Driss jawab kumpulan muzik yang dia suka. Lepas tu boleh kutuk-kutuk muzik klasik yang Philippe suka.

And Driss terus je mintak Philippe sign surat pengesahan yang katakan Driss ni datang interview tapi Philippe tak nak ambil dia sebagai pekerja. Tapi Philippe kata kena datang esok sebab dia tak boleh sign surat tu. Philippe kan lumpuh so Driss kata okay, dia datang esok untuk collect surat.

Esoknya, bila Driss datang ke rumah Philippe, barulah Driss tahu yang Philippe pilih dia sebagai penjaga. Dapatlah benefit macam bilik yang besar dengan bathroom yang ada bathtub yang besar dan cantik. Driss ni kan orang susah, so dia memang terujalah dapat bilik dan bathtub yang best tu.

Lepas je Magalie tunjukkan keseluruhan rumah pada Driss, Magalie bawaklah Driss ke bilik Philippe. Masa ni Philippe baru je lepas exercise. So Driss kena mandikan Philippe, siapkan pakai baju semua dan suapkan breakfast. 

At first, Driss tak maulah. Dia kata dia tak kerja pun boleh dapat duit. Tapi Philippe cabar Driss. Philippe kata Driss hanya bertahan 2 minggu je, lepas tu Driss akan berhenti. Driss ni pantang dicabar, so dia sahut cabaran Philippe tu.

Driss ni takde kelulusan dalam bidang Home Care Nursing, jadi ada beberapa perkara yang Driss buat ni, berbeza dengan orang yang ada kelulusan Home Care Nursing ni.

But, Philippe boleh ngam dengan Driss. Cara dia memang berbeza, but truly, Driss made Philippe happy. Sangat berbeza dengan Philippe yang dahulu, sejak isteri beliau meninggal dan beliau lumpuh.


sumber:Google

Tengok gambar atas ni. Driss pergi tuang air kopi panas berasap-asap kat kaki Philippe. Tak pernah dibuat orang kan? Tapi Driss buat sebab Driss macam tak percaya Philippe ni bebetul lumpuh seluruh badan. Driss tak caya yang Philippe tak rasa apa apa satu badan. Tapi bila Philippe tak rasa pape, barulah Driss percaya. And Driss pun cam serius sikitlah bila kerja.

One more thing, dengan Driss ni, Philippe boleh cakap apa je dan Driss boleh tanya, boleh komen, boleh luahkan pendapat dia tanpa ada batas. Dan Philippe boleh jawab, boleh marah, boleh tengking Driss. Driss pulak rileks je bila Philippe marah, tak ambil hati pun Philippe marah. Kadang saje je Driss buat lagi bila Philippe marah.

Sampai kan staf yang rapat dengan Philippe pun gelak je bila Driss dengan Philippe. Tak berapa terkejut dah dengan cara "pelik" Driss sebab macam worth it bila mereka tengok Philippe happy. 

Magalie (PA) dan Yvonne (Housekeeper) pun happy bila Driss ada sebab Driss ni, he has a good heart. Asyik usik Magalie dan ajak dia keluar. From Yvonne pulak, usik usik, borak-borak, pastu dok korek pasal Magalie. Walaupun Driss ni samseng, tapi common sense dia bagus. Selamba je marah jiran-jiran Philippe yang selamba parking depan hôtel particulier Philippe.


Gambar atas ni tunjukkan van yang selalu digunakan untuk bawak Philippe keluar. Bila Driss nak bawak Philippe, tak mau dia bawak van ni. Driss pi usha kereta sebelah tu, Maserati babe. Terus Driss nak bawak kereta tu.


Ni muka teruja Driss bila dapat bawak Maserati. Tengok Philippe sebelah tu. Happy kan? Ni antara perkara yang Driss buat, yang biasanya seorang Caregiver tak buat.


Yang atas ni pulak, Driss ajak Philippe jogging. Hahaha. Lepas tu Driss komplen yang Philippe ni lembab. Hahaha bengang Philippe. Nak tau apa Driss buat pada wheel chair Philippe? Pi carik movie ni. Sangat kelakar.


One of the reason Philippe suka dan sayang pada Driss adalah, Driss ni tak treat Philippe ni macam invalid. Orang lumpuh. Ni masa waktu malam. Philippe ni suka membaca, while Driss pulak suka social media, so suka belek phone la.

Pastu, ada call kat phone Philippe. Relaks je Driss hulur phone pada Philippe. Dah lah jauh, tak sampai kat Philippe. Driss cakap, "Oh saya terlupa awak lumpuh". Hahaha.

sumber:Google



Ini masa first time Driss ke opera. Tetamu lain semua pakai Black Tie, Driss relaks je pakai jeans dengan jacket. Maybe sebab Philippe ni kaya dan memang regular pergi opera, staf semua tak kisah. 


sumber:Google
Ni penyanyi opera tu. Dia nyanyi dalam bahasa German. Boleh tak, Driss buat sesuatu masa opera ni baru start? Tergelak besar masa saya tengok. Selamba je Driss ni. Philippe pulak, tak sangka reaksi beliau. Ingat Philippe akan mengamuk.

sumber:Google

Ni pulak masa tengah pilih baju untuk Philippe, untuk dating.


Part ni memang saya sama ketawa dengan Driss. Driss dok komen pasal lukisan tu. Driss tak bagi Philippe beli lukisan ni. 

Dan bestnya, lukisan tu jadi inspirasi pada Driss untuk buat sesuatu yang tak pernah Driss buat.



Lukisan ni berharga 11,000 pound.


Ini adalah perkara yang paling Philippe suka. Ni pun Driss yang bawak Philippe. Bayangkan orang lumpuh boleh paragliding. And look at Philippe, senyum lebar!


Masa Driss bawak Philippe, Driss ingat Philippe je yang akan naik. Tetengok, Philippe suruh jugak Driss buat paragliding ni. Tengok muka takut dia.


Annual birthday celebration Philippe. Bosan je. And Driss jugak yang happening kan.

Image result for THE INTOUCHABLES philippe with beard

This is what happened to Philippe after Driss left him.

Anyway, this is a very inspiring movie to watch. Antara perkara yang kita boleh belajar adalah:

1) Buat perkara yang berbeza dari biasa untuk kita capai result yang amazing. Kalau Philippe dan Magalie ambil calon yang lain, sure Philippe tak se'happy' masa Driss kerja dengan dia. And that did happen.

2) Kita belajar dari semua orang. Samada orang kaya, orang pandai, orang susah, samseng ke, semua yang Allah hadirkan membawa hikmah pada kita. Kita cuma perlu fikir apa pengajaran di sebalik sesuatu perkara/peristiwa.

3) Always be happy, SEKARANG!


Take care!


28 July 2017

Hari Raya 2017 : Tema Hitam

Kali ini, memang sesungguhnya lambat nak update. Dah ada instagram dan FB, semua upload ke sana dulu. Ke blog jadik lambat. Kena dapat feel nak menulis baru boleh update.

Tahun ni, turn Johor pulak. Jadinya balik Muar hari Sabtu, sehari sebelum Raya. Bengkel Rahim Auto dah plan tutup Sabtu sebab team semua nak balik awal. Tak mau balik malam Raya. Jadi setuju untuk tutup start Sabtu sampai Ahad depan.

Kami bertolak dari PJ, malam tu tidur kampung PJ. Gerak pukul 7.00am. Ingatkan tak banyak kereta, sekali sampai kat Bandar Putra Mahkota, dah berderet kereta. Slow moving jugaklah. Then kami stop kat Ayer Keroh. Bukan sebab apa, sebab driver mengantuk. Hahaha. Sempat tidur 1 jam kat situ.

Dah okay, terus gerak semula. Sampai kampung dalam 11.30pagi. Terus tukar baju dan masuk dapur. Kena masak 2 kali sebab 1 round untuk 'Munjung'. Orang Jawa terrorlah 'Munjung' ni. Ala, tukar-tukar juadah. Jiran-jiran bagi mak bapak lauk pauk kuih muih masa Ramadhan tu. Jadi mak memang plan nak masak dan balas 'Munjung' waktu berbuka hari terakhir Ramadhan.

First round, masak Nasi Impit. Lodeh. Ayam masak Kicap. Sambal Kacang. Yang belum masak masa saya sampai adalah Ayam masak Kicap dengan Lodeh. Jadi saya masak Ayam, husband masak Lodeh. Semua dah siap potong, ayam dah siap goreng, tinggal tumis je. Kejap je dah siap.

Untuk Raya, tinggal rebus nasi impit, masak Lodeh dan masak Rendang Ayam. Nasi impit akan masak malam. Sedih kali ni sebab takde ketupat. Bapak kata tangan dia sakit nak anyam. Dia kata, nasi impit je tahun ni. Lodeh dan Rendang masak pagi Raya.

So relaklah kami selepas tu. Apa lagi, tidur lah. Hahaha. Untuk berbuka, hidangan yang sama dengan 'Munjung' tu. Senang sikit, tak payah nak masak lauk lain.

Pagi raya, macam biasa, kalau kat Muar, cuma husband sahaja akan ke Surau. Jadi siapkan dia dulu. Baju dah sesiap dobi kat KL. Pakaikan sampin and dia pergi naik kereta dengan Bapak.

Lepas husband pergi, baru saya mandi sunat Aidilfitri dan buat solat sunat Aidilfitri sendiri kat rumah. Terus siap sebab lepas makan nanti, akan mula beraya.

Tahun ni saje je pilih hitam. Husband punya baju melayu, beli kat Jakel je. Aaron Aziz. Pergi hari Ahad, lepas berbuka kat rumah abang. Baju saya, online je. Malas betul nak keluar masa Ramadhan. Mula-mula nak pilih semua hitam, tapi berat je hati. Bila keluar je design ni, terus berkenan. Pilih hitam/peach sebab ada sedikit sedondon dengan sampin husband. So, inilah sedondon kami. Bestnya baju ni, dia terletak. Just nice. Memang kakak-kakak ingat saya tempah baju ni. Dan bestnya, bawah baju tu dia kembang. Macam princess, kata anak buah. Hehehe.

Anyway, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.




26 July 2017

Tragedi PERIUK NOXXA : Hangus Nasi Minyak Saya

First time sejak saya beli Noxxa, makanan yang saya masak tak menjadi! Ini terjadi masa saya buat makan-makan di rumah saya sempena Syawal yang lepas ni.

Menu untuk jamuan yang saya pilih adalah Nasi Minyak, Rendang Ayam, Salad, Mee Bandung, Kek Oren, Kek Buah, Sirap Merah dan kuih-muih biskut raya.

Rendang saya dah masak malam sebelumnya, kemudian disimpan dalam peti sejuk. Dalam pukul 10.30 pagi saya panaskan semula sebab nak keringkan rendang tu.

Nasi Minyak, saya masak lewat sikit sebab tak beli lagi beras basmathi. Kesian husband, pagi tu ada customer nak hantar kereta ke bengkel, jadi husband sorang ke bengkel, lepas tu dia tolong belikan barang sebab kami tak sempat beli hari Sabtu sebelum tu.

Tapi kelakarnya, 3 tempat dia cari Beras Pusa Gold tu, semua takde! Jadi saya mintak dia carikan beras basmathi Faiza. Pun takde jugak! Last-last, saya cakap, beli jelah apa-apa beras basmathi. Dapatlah beras basmathi Pakistan, tapi harganya tinggi untuk beras 5kg. Sesekali makan beras Pakistan hehehe.

Biasanya kalau ikut resepi, beras kena rendam dulu untuk kembangkan beras. Tapi sebab dah pukul 11 pagi, saya terus tumis rempah 4 sekawan (Kulit Kayu Manis, Buah Pelaga, Bunga Cengkih dan Bunga Lawang) selepas Minyak Sapi panas. Dah wangi, saya masukkan kiub ayam dengan garam sikit. Masukkan air, susu cair dan beras. Tutup periuk Noxxa dan setkan tombol ke Steam. Tekan punat Low Pressure sebanyak 7 kali dan tekan ON.

Senang je, dah banyak kali masak nasi guna Noxxa TAPI biasanya guna mode High Pressure. Ini pertama kali gunakan Low Pressure sebab katanya lebih gebu dan cantik nasinya.

Silapnya saya adalah, disebabkan selepas tumis tu, tudung periuk takleh tutup, jadi saya cuma letak je tudung tu atas Noxxa tapi tak ketatkan dia. Dan saya terlupa nak ketatkan semasa saya setkan mode kepada Low Pressure. Bila dah nak masak, baru saya terperasan yang tudung periuk tak rapat. Lepas tu pulak, gatal tangan pergi TAMBAHKAN masa ke 3 minit selepas saya tengok macam nasi tu tak berapa masak.

Sepatutnya, saya tak perlu tambah masa, cuma karihkan nasi tu dan biarkan sekejap supaya nasi kering. Menggelabah sangat bila terperasan tudung periuk Noxxa tak rapat.

Haih la, nasib baik bahagian atas semua ok. Cuma kat kerak nasi je hangus. Dan Alhamdulillah nasi tak bau hangit. Dan satu lagi, sedikit keras sebab terkurang air sikit. Saya masak 5 pot beras (yang dapat dengan Noxxa) dan cecair (air dan susu cair) yang saya tambahkan ke periuk Noxxa adalah 5.5 cawan. Sepatutnya 6 cawan baru okay. Pertama kali guna beras Pakistan, jadi tak pandai adjust air lagi. Nampak sangat dalam gambar tu yang nasi saya 'kering' sikit.

Kalau makan semasa panas, tak terasa sangat. Tapi kalau dah sejuk, memang rasa kering sikit, cuma kalau tambah kuah, takdelah perasan.

Disebabkan tak puas hati, saya masak sekali lagi Nasi Minyak ni. Kali ni, buat bebetul. Lebihkan cecair 1 cawan berbanding beras. Tutup tudung periuk betul-betul.

Haaaaa puas hati, nasi masak dengan baik. Alhamdulillah. Lawankan dengan Rendang Daging pulak. Hehehe.






15 April 2017

Mr. Dakgalbi - Bukan sekadar Nama

Saya bukan peminat K-Pop. Cuma minat series The Return of Superman. Itu memang favourite, tapi sejak ramai dah takde, dah tak berapa follow.

So masa my new colleagues ajak lunch kat Mr. Dakgalbi, first thing I asked was "Sedap ke?". Hahaha. Then dorang cakap sedap, so saya follow je la.

Tapi saya google jugaklah sebab nak tahu apa yang dia offer. Saya tak suka kimchi sebab bau dia, yang agak masam. Jeruk kan, so saya macam kalau kimchi je dia hidang, saya minum je lah.

Apa sebenarnya DAKGALBI? 

Dakgalbi ni sebenarnya Isi Ayam yang dipotong kiub, diperap dengan pes gochujang (chili pepper). Lepas tu digoreng dalam pan. Dicampur dengan kobis, kentang, batang daun bawang, bawang kuning. Gaul semua lepas tu ditambah dengan ramen dan/atau nasi. Macam Mee Goreng Korea la kiranya.

Esoknya, kami beramai-ramai jalan kaki. Ala tak jauh pun, tapi sebab tengahari kan panas, so semua jalan cecepat. Sampai je kat Courtyard SS15, terus masuk Mr Dakgalbi. Semua pun macam "aaaaahhhh sejuknya". Terus duduk sebab baru jam 12.00, takde orang lagi. Kami berlapan, so pecah 2 group. Our group semua girls, so order yang untuk 3 pax je. Tambah Tteok-pokki, Korean Rice Cake.

Yang kami order tu  Dakgalbi. Ada nasi dan jugak ramen and CHEESE. Air pulak, memang diberi setiap meja Cold Water. Tapi saya nak merasa air korea. Jadi saya order air tin berperisa buah Pear. Sedap tapi manis, so mintaklah Ice untuk kurangkan manis tu.




Lepas order, nanti akan datang side orders. Ada jeruk lobak putih, macaroni, kimchi dan jugak sup. Jeruk lobak putih dia sedap. White Radish ni tak sedap sangat, tapi bila dijerukkan rasa macam jeruk betik tu. Saya rasa jugak kimchi, and surprisingly it is delicious! Dan bau kimchi ni kat Mr Dakgalbi taklah kuat sangat. Saya suka makan dakgalbi dengan macaroni tu. Jeruk tu makan gitu je, buat hilangkan pedas. Hehe.

Mula-mula, akan datang kuali besar (pan) untuk memasak dakgalbi. Memang mereka akan masak depan mata kita, macam Teppanyakki. Tapi Teppanyaki tu bila mereka masak, takde cover, habis berbau baju tudung kita kalau duduk dekat dengan cook. Kat Mr. Dakgalbi, mereka akan letak pan cover, untuk elakkan gorengan tu terpercik ke meja dan untuk keselamatan customer. 

Dalam kuali besar tu, biasanya dah sesiap ada dakgalbi dan sayur-sayuran tu semua. Lepas letak kuali, hidupkan api dan mereka akan biarkan sekejap supaya ayam tu masak.

Dah naik bau, baru staf akan datang dan mula masak. Mereka akan gaulkan ayam yang diperap dengan gochujang tu dengan sayur-sayur sampai sebati. Last sekali mereka akan masukkan ramen dan gaulkan sekali lagi. Kat ramen ni pun ada pes gochujang tu, tu sebab kena gaul balik semua bahan tadi. 



Masa tengah masak ni, alahaiiii sedapnya bau. Dahlah tengah lapar kan. Kalau perasan, ada ring warna silver kat gambar bawah ni. Tu lah cover dia. Safety memang mereka jaga betul. Staf asyik tegur je, be careful ma'am. Hahaa tapi banyak gambar saya ambil tak lawa sebab goyang. Cepat betul staf Mr. Dakgalbi buat kerja. Ni pun gambar bawah ni sebab amik kat IG, so dapatlah gambar lawa sikit.


Bila dah siap, mereka akan angkat cover ni dan jemput kita makan. Panas-panas ni, terus senduk ke piring yang disediakan dan terus suap ke mulut. Oh kat sini mereka hanya sediakan chopstick dan sudu je, so pepandailah gunakan keduanya.

The taste? Pedas sikitlah bagi yang tak tahan pedas langsung. Sebab tu agaknya mereka sediakan air sejuk Hehehe. But boleh tahanlah untuk saya. Ayam dia sangat juicy. Sedap dan lembut. Saya ada terbaca, mereka gunakan daging bahagian whole leg sebab rakyat Malaysia suka bahagian yang juicy. Kalau kat Korea, katanya gunakan breast chicken sebab Korean suka healthy food.

Tteok-pokki atau Rice Cake ni agak liat jugak. Macam tepung beras yang dicampur air pastu dibentuk bulat panjang. Masa mula-mula makan tu, saya masukkan semua dalam mulut. Jenuh nak kunyah sebab liat sikitkan. Pastu, saya dah tahu tu, saya gigit separuh-separuh dan kunyah. Kalau tak, lenguh rahang mengunyah. Saya tau sebab husband saya masukkan semua dalam mulut, bila dah makan separuh kuali tu, dia cakap lenguh mulut. Hahahaa.

Lepas dah habis ramen tu, kita panggil staf Mr Dakgalbi untuk masakkan nasi pulak. Mula-mula mereka akan potong-potong ayam tu jadi kecik. Lepas tu, bukak api dan start goreng nasi dengan ayam tadi. Then mereka masukkan cheese. Pergh....yang ni sedap sebab saya suka KEJU! Sedap okay bila nasi tu bercampur dengan keju hehe.

Kali ni memang tak banyak gambar. Dah malas. Banyak kat instastory je. 

Berbeloi ke Mr Dakgalbi ni?

Pada saya berbaloi sebab.

1. Portion besar walaupun harga mahal.

2. Memang sedap dan kena citarasa kami berdua.

3. Sesuai bila kita sangat lapar, tapi lapar yang boleh tunggu la sebab dari masa duduk hingga ke siap masak ni dalam 15-25 minit bergantung kepada bilangan customer. Kalau tengah peak time, memang lambat. Tu sebab selalunya side dish tu akan habis dulu.

4. Keadaan restoran yang selesa.

Ish, bila taip ni rasa macam nak makan lagi, tapi dalam 2 bulan ni, dah 3 kali saya makan kat Mr Dakgalbi ni. Masa kali ketiga tu, siap cakap kat husband, tahun depan je baru kita makan lagi. Muak dah tapi teringat-ingat bau masakan ni dan kesedapan dakgalbi. Maybe belum cukup setahun dan datang balik kot?




10 March 2017

Asyik MAKAN JE...

Lama betul saya tak menulis. Sekarang saya nak mulaka balik. Hehehe. I remember a friend of mine cakap,

It is easy to start. Difficult to maintain. 

And again, she was right! Nak start memang senang, tapi nak maintain tu yang susah. Sebab tu Allah pandang kepada istiqamah kita, bukan kepada betapa besarnya permulaan amal tu.

Now, saya dah kerja kat tempat lain. Kat SS 15, Subang Jaya. Senang sikit nak pergi kerja. Husband akan hantar sebab kat sini susahnya nak dapat parking. Nak parking, datanglah awal jam 8.00am - 8.30am. Nak buat apa kalau awal, sebab saya masuk kerja jam 10.00am!

Jadi sekarang, husband yang hantar dan ambil. Hehe best sikit tak payah drive. Kalau husband ada meeting, kami tidur rumah mak ayah. Dan saya akan guna UBER untuk ke pejabat.

Sejak berhenti dari office lama, barulah saya ada selera nak makan. Masa tengah stress, memang tak ada selera langsung. Lapar tapi taknak makan. Sempatlah kurus sikit sebab saya banyak minum air kosong. Air Coway kan sedap. Hehe.

Jadinya, bila dah takde stress kerja, datanggg la pulak stress baru. Stress sebab badan dah naik. Sebab asyik makannnnnn je. Manjang lapar. Ish, selera dah datang tapi macam menggunung pulak!

Dan saya dah start makan/minum gula balik! Masa stress kerja tu, asyiklah ke Starbucks. Tapi macam sebab tak makan sangat kan, so calorie intake tu kurang lah.

Now, minum manis plus makan merapu, ish naik takut pulak.

Oh, last year, hari ni, saya kat Tropicana Medical Centre. Hypertention. Tapi tahun ni masih tak berapa sedar yang saya kena jaga makan. Ergh.

Now my plan adalah sebegini:-

1. Tolak GULA dalam minuman dan kudapan.
2. Heavy breakfast.
3. Lunch either salad or shake.
4. No rice dinner.

Doakan saya berjaya!

04 January 2017

#jomnaikmrt

Semenjak pembinaan MRT ni, saya sangat tak suka sebab trafik sangat teruk di kawasan Kota Damansara dan Mutiara Damansara tu. Perjalanan 25 minit selalu jadi 1 jam waktu pagi. Kalau malam pun, still agak jammed area Pelangi Sentral (Hauz Depot) and Sunway Giza tu.

So, bila MRT dah siap and kempen #jomnaikmrt bermula, I am one happy user la kan. Tak payah drive! Hahaha. 

Plannya husband hantar ke Kwasa Sentral. Took the MRT and then naik Feeder Bus. So Ahad petang, lepas program BNI Givers Gain, kami recce kat mana Kwasa Sentral. Dekat je, kalau tahu simpang pertama ke Kota Damansara dari Shah Alam, haaa kat situlah. Kanan ke Kota Damansara, kiri ke MRT Kwasa Sentral.

Pagi tadi, gerak dari rumah jam 7.45am. Waze pulak buat hal. Bila search for MRT Kwasa Sentral, dia tunjuk ikut RRI. Tapi jalan banyak tak boleh lalu. Apa daaa. Last-last keluar balik ke jalan besar. Sampai dekat pukul 8.00am.

Sekarang ni, MRT ni tengah free sampai 16 Jan 2017. Tapi kena ada kad Touch & Go. Kena touch tapi duit takkan ditolak. Kalau takde T&Go, boleh guna token atau top-up IC kita.

Dah masuk dalam, ada 2 platform. Satu ke Sungai Buloh, satu ke Semantan. Saya ambil hala ke Semantan.

Waktu puncak ni, train agak banyak. Dalam 5 minit sekali kot. Tapi tak lama menunggu kalau terlepas. Saya terlepas, jadi tunggu dalam 4 minit for another train. Platform dia open air, so takdelah rasa panas. Ada kipas besar, kawasan menunggu pun selesa. Safety features sangat bagus berbanding LRT line Kelana Jaya. Ada 2 pintu, satu di platform dan satu lagi adalah pintu MRT. So sangat selamat berbanding LRT yang takde penghadang.

Untuk ke pejabat, cuma 3 stesen sahaja. Stesen Kota Damansara yang bersebelahan dengan Tropicana Medical Centre. Stesen Surian di kawasan Sunway Giza dan Stesen Mutiara Damansara dekat dengan The Royale Chulan dan IKEA. So saya turun kat sini.

Pastu naik bas T809 ke Bukit Lanjan. Tapi bas ni mencabar kesabaran sebab setiap kali saya sampai, dah terlepas. Hahaha. Kalau dah 8.30am, saya request UBER je. Kenalah dalam RM5.00 tapi dihantar sampai depan pintu office. Okaylah sebab tak mau lewat.

Balik, so far tak pernah naik bas. Selalu naik Uber sampai Shah Alam. First day je saya balik awal, jadi bolehlah jalan kaki ke stesen. Dalam 1kilometer je. Penat jugak tapi tak teruk sangat sebab jalan dia menurun bukit. Berpeluh jugak tapi dapatlah target 10,000 langkah tu tercapai. Tapi baru sekali je berjalan sebab balik awal. Kalau balik lepas maghrib, saya naik Uber je. Hehehe.

So, sekarang ni, memang pergi kerja naik MRT. Seronoklah sebab tak payah drive, cuma kalau balik malam tu, rasa lagi baik naik Uber terus. Tambang dalam RM25.00, kadang rasa mahal tapi lagi jimat kalau beli kereta baru, petrol, tol, masa, insurans dan roadtax serta maintenance. Cuma tulah, kalau balik malam, memang mahal. 

Anyway, doakan saya istiqamah dalam naik MRT ni. Saya tak sure pulak berapa tambangnya. Saya jangka dalam RM2.00 untuk 3 stesen ni. Tambah RM1.00 untuk Feeder Bus. Kalau Uber dalam RM5.00. Bolehlah. Insyaallah. At least, saya dapat exercise dan berjalan kaki untuk sihat.

Cubalah, FREE sampai 16 Jan 2017.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign