Tinta Si Isteri Mekanik: Hari Raya 2017 : Tema Hitam

28 July 2017

Hari Raya 2017 : Tema Hitam

Kali ini, memang sesungguhnya lambat nak update. Dah ada instagram dan FB, semua upload ke sana dulu. Ke blog jadik lambat. Kena dapat feel nak menulis baru boleh update.

Tahun ni, turn Johor pulak. Jadinya balik Muar hari Sabtu, sehari sebelum Raya. Bengkel Rahim Auto dah plan tutup Sabtu sebab team semua nak balik awal. Tak mau balik malam Raya. Jadi setuju untuk tutup start Sabtu sampai Ahad depan.

Kami bertolak dari PJ, malam tu tidur kampung PJ. Gerak pukul 7.00am. Ingatkan tak banyak kereta, sekali sampai kat Bandar Putra Mahkota, dah berderet kereta. Slow moving jugaklah. Then kami stop kat Ayer Keroh. Bukan sebab apa, sebab driver mengantuk. Hahaha. Sempat tidur 1 jam kat situ.

Dah okay, terus gerak semula. Sampai kampung dalam 11.30pagi. Terus tukar baju dan masuk dapur. Kena masak 2 kali sebab 1 round untuk 'Munjung'. Orang Jawa terrorlah 'Munjung' ni. Ala, tukar-tukar juadah. Jiran-jiran bagi mak bapak lauk pauk kuih muih masa Ramadhan tu. Jadi mak memang plan nak masak dan balas 'Munjung' waktu berbuka hari terakhir Ramadhan.

First round, masak Nasi Impit. Lodeh. Ayam masak Kicap. Sambal Kacang. Yang belum masak masa saya sampai adalah Ayam masak Kicap dengan Lodeh. Jadi saya masak Ayam, husband masak Lodeh. Semua dah siap potong, ayam dah siap goreng, tinggal tumis je. Kejap je dah siap.

Untuk Raya, tinggal rebus nasi impit, masak Lodeh dan masak Rendang Ayam. Nasi impit akan masak malam. Sedih kali ni sebab takde ketupat. Bapak kata tangan dia sakit nak anyam. Dia kata, nasi impit je tahun ni. Lodeh dan Rendang masak pagi Raya.

So relaklah kami selepas tu. Apa lagi, tidur lah. Hahaha. Untuk berbuka, hidangan yang sama dengan 'Munjung' tu. Senang sikit, tak payah nak masak lauk lain.

Pagi raya, macam biasa, kalau kat Muar, cuma husband sahaja akan ke Surau. Jadi siapkan dia dulu. Baju dah sesiap dobi kat KL. Pakaikan sampin and dia pergi naik kereta dengan Bapak.

Lepas husband pergi, baru saya mandi sunat Aidilfitri dan buat solat sunat Aidilfitri sendiri kat rumah. Terus siap sebab lepas makan nanti, akan mula beraya.

Tahun ni saje je pilih hitam. Husband punya baju melayu, beli kat Jakel je. Aaron Aziz. Pergi hari Ahad, lepas berbuka kat rumah abang. Baju saya, online je. Malas betul nak keluar masa Ramadhan. Mula-mula nak pilih semua hitam, tapi berat je hati. Bila keluar je design ni, terus berkenan. Pilih hitam/peach sebab ada sedikit sedondon dengan sampin husband. So, inilah sedondon kami. Bestnya baju ni, dia terletak. Just nice. Memang kakak-kakak ingat saya tempah baju ni. Dan bestnya, bawah baju tu dia kembang. Macam princess, kata anak buah. Hehehe.

Anyway, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.




Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign