Tinta Si Isteri Mekanik: Tragedi PERIUK NOXXA : Hangus Nasi Minyak Saya

26 July 2017

Tragedi PERIUK NOXXA : Hangus Nasi Minyak Saya

First time sejak saya beli Noxxa, makanan yang saya masak tak menjadi! Ini terjadi masa saya buat makan-makan di rumah saya sempena Syawal yang lepas ni.

Menu untuk jamuan yang saya pilih adalah Nasi Minyak, Rendang Ayam, Salad, Mee Bandung, Kek Oren, Kek Buah, Sirap Merah dan kuih-muih biskut raya.

Rendang saya dah masak malam sebelumnya, kemudian disimpan dalam peti sejuk. Dalam pukul 10.30 pagi saya panaskan semula sebab nak keringkan rendang tu.

Nasi Minyak, saya masak lewat sikit sebab tak beli lagi beras basmathi. Kesian husband, pagi tu ada customer nak hantar kereta ke bengkel, jadi husband sorang ke bengkel, lepas tu dia tolong belikan barang sebab kami tak sempat beli hari Sabtu sebelum tu.

Tapi kelakarnya, 3 tempat dia cari Beras Pusa Gold tu, semua takde! Jadi saya mintak dia carikan beras basmathi Faiza. Pun takde jugak! Last-last, saya cakap, beli jelah apa-apa beras basmathi. Dapatlah beras basmathi Pakistan, tapi harganya tinggi untuk beras 5kg. Sesekali makan beras Pakistan hehehe.

Biasanya kalau ikut resepi, beras kena rendam dulu untuk kembangkan beras. Tapi sebab dah pukul 11 pagi, saya terus tumis rempah 4 sekawan (Kulit Kayu Manis, Buah Pelaga, Bunga Cengkih dan Bunga Lawang) selepas Minyak Sapi panas. Dah wangi, saya masukkan kiub ayam dengan garam sikit. Masukkan air, susu cair dan beras. Tutup periuk Noxxa dan setkan tombol ke Steam. Tekan punat Low Pressure sebanyak 7 kali dan tekan ON.

Senang je, dah banyak kali masak nasi guna Noxxa TAPI biasanya guna mode High Pressure. Ini pertama kali gunakan Low Pressure sebab katanya lebih gebu dan cantik nasinya.

Silapnya saya adalah, disebabkan selepas tumis tu, tudung periuk takleh tutup, jadi saya cuma letak je tudung tu atas Noxxa tapi tak ketatkan dia. Dan saya terlupa nak ketatkan semasa saya setkan mode kepada Low Pressure. Bila dah nak masak, baru saya terperasan yang tudung periuk tak rapat. Lepas tu pulak, gatal tangan pergi TAMBAHKAN masa ke 3 minit selepas saya tengok macam nasi tu tak berapa masak.

Sepatutnya, saya tak perlu tambah masa, cuma karihkan nasi tu dan biarkan sekejap supaya nasi kering. Menggelabah sangat bila terperasan tudung periuk Noxxa tak rapat.

Haih la, nasib baik bahagian atas semua ok. Cuma kat kerak nasi je hangus. Dan Alhamdulillah nasi tak bau hangit. Dan satu lagi, sedikit keras sebab terkurang air sikit. Saya masak 5 pot beras (yang dapat dengan Noxxa) dan cecair (air dan susu cair) yang saya tambahkan ke periuk Noxxa adalah 5.5 cawan. Sepatutnya 6 cawan baru okay. Pertama kali guna beras Pakistan, jadi tak pandai adjust air lagi. Nampak sangat dalam gambar tu yang nasi saya 'kering' sikit.

Kalau makan semasa panas, tak terasa sangat. Tapi kalau dah sejuk, memang rasa kering sikit, cuma kalau tambah kuah, takdelah perasan.

Disebabkan tak puas hati, saya masak sekali lagi Nasi Minyak ni. Kali ni, buat bebetul. Lebihkan cecair 1 cawan berbanding beras. Tutup tudung periuk betul-betul.

Haaaaa puas hati, nasi masak dengan baik. Alhamdulillah. Lawankan dengan Rendang Daging pulak. Hehehe.






Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign