Tinta Si Isteri Mekanik: Kami kena SERANG!

23 August 2017

Kami kena SERANG!

Dulu-dulu, rasa macam frust sangat sebab susah nak beli keropok lekor yang sedap. Sedap ni, pada saya adalah keropok lekor terengganu, banyak ikan dari tepung. Walaupun rupanya kerepot hitam, saya tetap suka. Hehehehe.

Jadi bila kawan bisnes suami jual keropok lekor borong, setiap bulan mesti beli 1 bungkus. Dalam tu ada 10 bungkus kekecik. Bila roh rajin datang menghampiri, akan keluarlah keropok ni dan digoreng untuk dimakan.

Sabtu lepas, sebab saya tak kerja, jadi keluarkanlah keropok lekor untuk digoreng dan hidang untuk breakfast. Biasanya kami goreng 2 paket sebab ada 3 orang pemakan kat rumah ni.

Masa bungkusan pertama, takde pape kejadian berlaku. Tapi bungkusan kedua ni memang teruk kami kena serang.

Keropok lekor ni takdelah panjang sangat, dalam sejengkal jari je. Jadi husband suka potong tiga keropok ni, jadi kecik-kecik. Nak goreng pun senang je sebab senang nak terbalikkan dan senang nak angkat dari kuali.

Tengah-tengah menggoreng, tetiba kami kena serang!

Keropok lekor tu meletop-letop, sampai terkeluar 8 potongan keropok lekor tu. Dekat tempat masak tu, penuh dengan minyak. Macam ada botol minyak bocor je. Lepas tu, tengok sebelah kiri, COWAY saya pun penuh dengan minyak. Almari pantry saya pun sama, sampai ke atas! Lantai dapur pun penuh minyak.

Saya mula tak perasan almari pantry kena, sampailah adik COWAY Eiza datang servis water filter saya tengahari tu. Lantai dapur baru je kering saya mop kali kedua, tapi ada rasa melekit. Jadi saya bagitau Eiza, lantai melekit sikit. Dia tanya kenapa, saya jawab keropok lekor mengamuk.

Kelakar betul masa keropok tu meletop-letop. Kitorang tak pernah kena, so ingat sekali je dia meletop. Rupanya tak. Adalah 4-5 kali meletop. First time meletop, separuh keropok melompat keluar. Lepas-lepas tu, dalam 1-2 ketul je melompat. Minyak menggoreng tu sampai tinggal suku je dari yang asal. Keropok pun tinggal sikit je.

Yang kesian adalah husband. Sebab dia baru je menghala ke kuali, nak angkat keropok lekor tu. Bila keropok melompat, dengan dia sekali melompat. Tapi still minyak panas tu terkena dia, kat area lengan bawah baju. Lepas tu, dia ingat dah settle, sekali meletop lagi. Dah terkena minyak tu kat area bawah jari tu.

Esoknya, saya pulak menggoreng keropok yang baki semalam tu. Nasib teringat nak tutup kuali tu. Sekali meletop! Tapi takpelah, sebab dah tutup kan. Ingatkan selamat, rupanya tak! Sebab bila nak angkat, saya bukaklah penutup kuali tu, sekali meletop jugak. Minyak pun melompat keluar landing kat tangan saya.

Elok je bertanda tangan saya. 



Tapi tak serik lah makan keropok lekor. Sebab sedap. Nasib kami je dapat keropok meletop, hahaha.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign