Tinta Si Isteri Mekanik: Raya Haji Datang Awal Sikit

26 September 2017

Raya Haji Datang Awal Sikit

Masa bulan Ogos hari tu, kakak ipar ajak datang rumah. Bawak sekali la anak abang ipar yang praktikal dengan husband. Kak Ros ajak datang waktu lunch, dia kata nak masak dan makan reramai.

So, kami pun bertolak kul 11.30 pagi pergi ke Batu 9, Cheras. Sampai dalam pukul 12 lebih. Terus Kak Ros ajak makan. Untuk kami yang biasa lunch pukul 1 pm, memang akan tunggu jugak pukul 1 tu. Baru terasa lapar dan bila makan tu macam best.

Bila ke meja makan, rupa-rupanya Kak Ros masak Lontong! Nasi Impit. Lodeh. Sambal Kacang. Rendang Ayam. Padahal Raya Haji minggu depan. Kak Ros kata, Raya Haji ni dia tak balik kampung sebab anak dia kerja. Atul ni belajar kat UUM, sementara cuti semester dia kerja. Last day dia kerja is 1 Sept 2017. So takleh balik kampung. Kak Ros kata, sebab dia sorang je nanti, malas nak masak Lontong. Masak simple je nanti. Tu yang Kak Ros masak lauk pauk raya.


Kak Ros ni memang terror masak. Semuanya sedap belaka. Dahlah masak banyak macam 20 orang makan. Puas makan Lontong hari tu.

Saya suka Lontong dengan Kuah Kacang. Kalau kat sini, makan dengan Sambal Tumis kan? Saya kurenggg sikit.



Lepas makan dan solat, Kak Ros ajak pergi kedai carpet. Dia nak beli carpet, gantikan carpet ruang tamu. Kak Ros ni, memalam dia mengajar ngaji. Jadi dia cakap, carpet tu dah lusuh, tu yang nak beli baru.

So, bawaklah Kak Ros kat kedai yang dia berkenan tu. Kat sini, banyak design carpet yang menarik. Nak corak bunga, ada. Corak abstrak, ada. Plain carpet pun ada. Memula dia akan tanya saiz. Then tunjuk design. Pastu pilih, then dia akan keluarkan dan bentangkan. Kalau confirm, dia akan ikat untuk mudah masuk dalam kereta.

Murah je carpet dia. Yang Kak Ros pilih ni, carpet lembut. Tak licin. Jadi kalau budak-budak lari-lari, tak tergelincir dan carpet ni tak bergerak. RM120.00 je. Boleh la kata Kak Ros.



Paling utama, everytime kami ke rumah Kak Ros, adalah pergi kedai RM2.12. Hahaha memang akan borong barang banyak giler. Sebab murahlah. Dia ni macam IKEA, bawak list barang pendek je, bila sampai kat kaunter, melambak-lambak barang. 

Petang tu, balik dengan perut kenyang dan bonet penuh barang. Puas hati.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign