Tinta Si Isteri Mekanik: Tragedi NUZUL QURAN yang menyakitkan!

05 June 2018

Tragedi NUZUL QURAN yang menyakitkan!

Tragedi NUZUL QURAN yang menyakitkan!


Alhamdulillah, setakat 16 hari berpuasa, takde kejadian yang luar biasa berlaku. Kecuali masa Malam 1 Ramadhan tu la. Ingatkan takde pape la, so far so good katanya. Tapi, bila sampai hari Nuzul Quran tu, ada terjadi tragedi Nuzul Quran yang menyakitkan.

Petang tu, kami plan nak berbuka puasa dengan Nasi Goreng. So adik saya volunteer nak masakkan untuk kami. Adik siap masak semua dah pukul 6.30pm. Just nice la sebab konon lepas tu saya nak goreng keropok lekor.

Keropok lekor ni kami order dengan kawan yang ada kilang. Memang sedapla untuk keropok lekor kat KL ni.

Sebab nak cepat, saya tak potong-potong, cuma plan nak terus goreng je. Lagipun memang saiz mini, bukanlah yang besar-besar tu.

Kalau goreng keropok lekor, saya memang akan tutup periuk tu masa menggoreng. Sebab kadang-kadang, keropok tu meletop-letop. Pernah keropok tu meletop sampai terkeluar dari kuali. Habis bersepah kat lantai dengan tepi-tepi kuali tu. Dari 10 keping, tinggal 2 je dalam kuali. Kelakar betul. 

Kali ni pun sama. Saya tutup periuk tu sampailah dah masak. Cuma tinggal nak angkat je. Saya guna penyepit sebab periuk tu kecik. Kalau guna sudip, besar sangat, jadi susah nak terbalikkan keropok dengan nak angkat. Macam gambar bawah ni.


Tragedi NUZUL QURAN yang menyakitkan!


Saya bukak tudung periuk tu. Okay...takde meletop. Letaklah tepi tudung periuk tu. Ambik penyepit dengan tangan kanan, dan tangan kiri pegang penapis untuk angkat keropok tu.

Saya pun ready nak angkat keropok lekor tu. 

Tetiba, keropok lekor meletop dan minyak panas tu terpercik kat tangan saya. Saya sempat melompat ke tepi sebab lepas tu dia meletop lagi. Terus kecikkan api, dan masuk ambik tisu dan lap. Silap betul masa ni sebab patutnya lalukan bawah air mengalir tu sampai rasa pijar tu stop. Tapi saya blur, jadi saya cuma lap minyak tu sikit dan sapu terus Minyak Gamat.

Start dah nampak merah-merah kat jari-jari saya. Tapi saya buat tak kisah je walaupun sakit sebab dah masuk waktu Maghrib. Berbuka puasa pun, saya makan guna sudu. Dengan tangan kiri. Tangan kanan totally tak leh genggam. Asyik halakan ke kipas je nak kasi sejuk. Then letak lagi Minyak Gamat.

Pastu masa sahur, 2 jari dah hitam sikit and dah ada GELEMBONG pulak. Masa ni sakit pijar tu memang terasa la. Nampak tu, gambar bawah tu, gelembong dia kecik je. Jari manis tu dah tak cantik dah huhu.



Siangnya, gelembong tu makin besar. Memang terasa sakit, so saya text my friend, a pharmacist, tanya apa nak buat. Saya tak pergi klinik pun, sebab dok round tengahari tu, semua klinik yang saya biasa pergi tu tutup. Hari Ahad kan, jarang klinik bukak.

Last-last, saya pergi carik Farmasi, sebab kawan saya suruh pi carik MEBO Cream. Mebo Cream ni memang untuk Burn Ointment. Singgah Guardian ingatkan ada Pharmacist, rupanya dah lama takde kak, cakap adik Guardian tu.

Okay... so saya pi shopping dulu sebab Guardian ada Sale 50% on all cosmetics!

Hahaha sempat je kan kita ni. Sesakit pun tahan je.

Nasib baik sederet Guardian tu ada lagi satu farmasi. Yang biasa pergi tu Ahad dia tutup, so alhamdulillah this one is bebetul farmasi. Tanya je Mebo Cream, terus dia tunjuk. Dia tanya untuk apa, so saya tunjuk jari saya yang ini.


Tragedi NUZUL QURAN yang menyakitkan!

Makin besar okay gelembong tu. Ngeri tengok. Adik-adik tu pun ngeri tengok. Besarnya Kak. First time saya tengok. Ahkak pun sama dik. Hahaha.

Balik terus sapu Ointment tu. Lega sikit rasa pijar tu. And cream ni macam keraskan kulit kat gelembong tu, so tak senang pecah. Cuma masa nak solat je la susah sikit, sebab kena sabunkan dulu semua jari. Saya buat kecuali kat gelembong je sebab takut pecah. So saya tayamumkan je jari tengah tu.

Then Ahad malam tu, kami ada Majlis Berbuka Puasa. Pergi jugaklah dengan tangan macam tu. Jari tengah tu memang kesian. Bengkak satu cerita. Gelembong satu cerita lain. Pastu perit-perit tu masih ada walaupun tak seteruk semalamnya.

Kami berbuka puasa kat Hadramawt Jalan Ampang, yang sebelah RISDA tu. Sesedap makanan dia, sesuailah untuk kami yang tengah nak healthy ni.

Sebab saya injured ni, saya ambik 1 pinggan dan isi sepenuhnya. Hahaha malas nak bangun bangun. Tapi tak ambil nasi sebab husband ada ambil, nanti rasa dia punya je.

Bila part ayam je dengan kambing, mintak tolong husband kopekkan. Takut terpelanting je kalau saya guna tangan kiri tu. Terror jugak saya makan dengan tangan kiri. Takdelah suap ke hidung, hahaha.

Pagi Isnin, makin besar gelembong tu, so decide pergi klinik. Sebab kena pergi bengkel, maka husband kata pergi je klinik yang dekat rumah, yang saya selalu pergi. Senang pergi 1-2 klinik je, semua rekod kita ada dengan mereka. Request Dr Ashikin sebab saya suka dia.

Doktor kata ini first degree burn. Sebab belum pecah lagi. Apa dia akan buat ialah cucuk gelembong tu dan keluarkan air TANPA koyakkan kulit tu. Sebab kalau kulit tu tersiat, lebih pedih dan sakit serta mudah sangat kena INFECTION.

So terus masuk Bilik 3 dan terus buat procedure ni. Ngeri okay. Saya siap tutup mata masa doktor cucuk cucuk gelembong tu. Mula-mula cuci dulu, lepas tu baru cucuk-cucuk. Lepas cucuk, ada air yang keluar sendiri. Ada yang kena picit baru keluar. Arghhh sakitnya masa ni, especially yang area jari bertemu tapak tangan tu. KAt situ sakit sebab besar.

Lepas tu doktor buat dressing. Tu pun tak ketat-ketat sebab takut melekat pulak kat luka tu.

Nanti nak solat, boleh tukar dressing tu sendiri.

Jadilah jari tu macam ni.


Tragedi NUZUL QURAN yang menyakitkan!

Banyak juga perkara yang saya baru tahu dek kerana luka melecur ni.


1. Saya boleh makan guna tangan kiri (sudu) tanpa tersuap ke hidung. Hahaha pasal makan Ahkak teror.

2. Susah jugak nak mandi dan sabun badan bila tangan kanan injured.

3. Nak lap badan, memang susah dengan satu tangan je. Jari-jari kanan tu takleh bengkok sebab melecur.

4. Nak pakai baju, kena masukkan tangan kanan terus sampai keluar. Takleh sekerat, nanti sangkut.

5. Susah juga nak pakai seatbelt. Kena Husband tolong.

6. Takleh menulis kalau jari tengah macamni. Sebab tak boleh genggam pen tu. Dah time cenggini Saya teringin nak menulis pulak. Haish..

7. Paling best, sayang jugak Husband pada saya. Tolong kopekkan ayam lauk pauk. Tolong sendukkan. Tolong masak. Siap nak tolong suapkan nasi. Hahaha.
Kalau tak sakit sebegini, rasa macam kurang appreciate tangan kanan. Allahu, banyaknya dosa hamba-Mu ini.

Astagfirullah.

Alhamdulillah, sikit je kena. Husband cakap alhamdulillah tak kena muka. Betul jugak kan?

Take care!

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign