Tinta Si Isteri Mekanik: Home Tuition Cikgu Tuisyen Datang Rumah

28 September 2018

Home Tuition Cikgu Tuisyen Datang Rumah

Home Tuition Cikgu Tuisyen Datang Rumah


Masa zaman saya bersekolah dulu, memang takde pun Home Tuition ataupun Cikgu Tuisyen Datang Rumah. Kita yang kena pergi Tuition Centre. Dulu-dulu lagilah, masa nak UPSR, naik basikal dengan Abang pergi Centre. Lepas terjatuh dari basikal dan luka besar kat lutut, Mak kata naik lah van Centre tu. Lepas tu pulak, kes salah naik van sampai Abang risau sebab takde dalam van dan Mak Ayah risau sebab tak sampai-sampai rumah. Hahahaha. Masa SPM, naik bas lagi pergi Centre sebab jauh. Hahahaha relaks je naik bas mini masa tu.

Sekarang, isu keselamatan yang paling merisaukan ibu bapa. Tapi nak anak-anak kita ni semua berjaya. Sanggup berbelanja lebih untuk hire private tutor. Senang nak pantau anak yang belajar depan mata dari anak yang pergi ke pusat tuisyen. Lagipun, Mak Ayah tak perlu keluar hantar anak-anak ke pusat tuisyen, cuma perlu tunggu je dekat rumah dan support anak-anak.

Lagi satu isu, ada anak-anak yang susah nak concentrate belajar bila ada ramai kawan-kawan di sekeliling mereka. Mereka ni mudah terganggu bila ada kawan-kawan bercakap atau bertanya soalan.

Ada juga yang malu nak bertanya sebab kawan-kawan dia semua faham, buatkan dia malu dan terus menerus tak faham subjek. Hasilnya, walaupun pergi tuisyen, markah peperiksaan masih merah dalam buku laporan.

Home Tuition Cikgu Tuisyen Datang Rumah
Sumber: Google

Saya pernah menjadi tutor. Dipanggil Home Tutor sebab saya adalah Cikgu Tuisyen yang Datang ke Rumah. Saya beri Home Tuition pada seorang pelajar sahaja.

Masa tu, sebab boring dan nak cari duit extra for shopping hehehehe. Saya cuma ajar Prinsip Akaun Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 sahaja. Subjek lain saya tak ajar. Student saya cuma ada 2 orang sahaja tapi income saya masyuk!

Seorang pelajar tu memang sangat sukakan Prinsip Akaun, tapi dia ada masalah dalam menjawab soalan peperiksaan. Dia cakap, "Saya tahu cikgu apa yang dia nak, tapi saya tak tahu nak mula dari mana". Kerja saya nampak macam mudah sebab dia faham cumanya saya kena ajar step-by-step macam mana nak gunakan semua maklumat yang diberi dan menjawab soalan tu.

Yang bestnya tentang Home Tuition ni, anak didik saya tu ikut suka dia je nak buat apa. Maksud saya, bila dia ada homework, dia ajak saya buat homework dia. Dia lebih suka praktikal terus dari saya bazir masa untuk ajar dia perkara yang dia dah faham. So saya terus ajar teknik menjawab soalan sebab itu je kelemahan dia. Last I heard, dia dah grad dalam Accounting. Alhamdulillah.

Seorang lagi student yang saya ingat adalah student yang memang sangat tak minat dengan numbers, so maths dengan akaun dia tak suka. Tapi kena ambil supaya dapat 5 kredit sebab dia nak ambil Diploma in Music. Pendekatan ajar dia berbeza dengan cerita yang atas ni, sebab bila tak berminat student memang tak akan faham.

Disebabkan dia hanya perlu LULUS sahaja, saya latih tubi beliau di bahagian Soalan Objektif (Kertas 1) dan soalan wajib sahaja. Sebab dia cuma tahu yang dia nak sambung belajar Muzik je lepas ni, so saya ubah strategi. Result dia, alhamdulillah dapat D untuk Prinsip Akaun.

Home tutor yang bagus mestilah memahami kelemahan pelajar dan tackle the problem. Sebab tu bayaran untuk home tutor ni mahal. Perhatian hanyalah tertumpu kepada pelajar tu seorang je dalam masa 1.5 jam hingga 2 jam tu berbanding 1 jam dengan 15 orang pelajar. Masa ni student nak tanya apa pun senang sebab dia akan didengari oleh Home Tutor tu.

Inilah antara kelebihan yang ditawarkan oleh Siffra Home Tuition. Membantu pelajar menyelesaikan masalah untuk skor “A” semua subjek dengan menyediakan rancangan mengajar yang berstruktur dan tersusun setiap bulan.

Siffra Home Tuition juga amat komited dalam membantu pelajar menyelesaikan masalah belajar dengan menyediakan strategi belajar secara personal mengikut kemampuan dan prestasi semasa pelajar.

Macam mana kita nak tahu Home Tuition tu bagus atau tidak? Haaaa kita kena carik REVIEW atau baca TESTIMONI ibu bapa atau anak-anak yang pernah belajar dengan mereka. Ini antara testimoni dari ibu bapa pelajar mereka.


Home Tuition Cikgu Tuisyen Datang Rumah

Inilah hasil yang kita nak! Peningkatan dalam markah peperiksaan disebabkan anak-anak kita FAHAM subjek tu dan dapat jawab soalan dengan tepat.

Satu lagi testimoni kat bawah ni.

Home Tuition Cikgu Tuisyen Datang Rumah

Ni lagi satu ciri penting dalam pemilihan Home Tuition. Tutor mesti datang awal sebab On Time is considered LATE! Dan masa tuition tu start bukan dari waktu tutor sampai. Maksudnya, kalau kelas tu jam 9.00am, Tutor kena sampai dan masuk ke dalam rumah 10 minit awal. Sebab selalunya anak-anak ni jarang nak tunggu tutor hehehe. Masa nilah baru nak ke tandas, nak minum nak amik buku. Lagipun kita ada 10 minit nak prepare mengajar.

So, parents semua, jangan lah salah pilih Home Tuition sebab bila kita salah pilih, masa depan anak-anak kita mungkin sedikit tersalah hala. Pilihan tepat ada tersedia.

Layarilah website Siffra Home Tuition dan baca semua testimoni mereka.



Lepastu, terus daftarkan anak-anak untuk Home Tuition mereka. Semua tu kat website mereka je.

Nak tengok mereka? Temui mereka di Seksyen 7, Bangi

72A-1, Jalan 7/7A,
Seksyen 7,
43650 Bandar Baru Bangi

Nak emel mereka dulu? Haaa email ke admin@siffra.my

Nak dengar suara mereka sedap ke sedap? Haaaa call mereka kat +6017 573 6973

Nak tanya soalan tapi taknak call atau email? Dalam website mereka ada Borang Pertanyaan. Pergi tanya kat situ.






Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign